suria

Rombak Sistem Pendidikan Tepati Kehendak KPT - Khaled Nordin

PASIR GUDANG: Cadangan Kementerian Pelajaran untuk merombak sistem pendidikan negara melalui pelaksanaan Pelan PembangunanPendidikan dan Perancangan Strategik adalah tepat pada masanya.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, langkahberani yang diambil Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran Tan SriMuhyiddin Yassin itu amat menepati kehendak kementeriannya.

"Saya mengalu-alukan usaha Kementerian Pelajaran membuat kajian dalam sektor pendidikan mereka dan perancangan stregik mereka kerana ia akan menepati keperluan Kementerian Pengajian Tinggi.

"Hari ini pihak industri selalu bantai Kementerian Pengajian Tinggi sebab tidak membekalkan pekerja graduan yang menepati piawaian mereka, sehubungan itu saya amat mengalu-alukan perubahan dilakukan kerana ia memang tepat pada masanya," katanya kepada pemberita, di sini Sabtu.

Mohamed Khaled yang ditemui selepas menghadiri majlis penjenamaan semula Politeknik Ibrahim Sultan yang dahulunya dikenali sebagai Politeknik Johor Baharu, turut memuji tindakan berani Timbalan Perdana Menteri itu.

Katanya, bagi membantu menghasilkan modal insan menepati kehendak industri, kementeriannya melaksanakan pelan tindakan melahirkan pelajar berinovasi di peringkat pengajian tinggi mulai tahun lepas.

Antara perkara yang ditekankan melalui pelan itu ialah murid ditanamkan dengan elemen kreativiti pada peringkat sekolah rendah dan elemen inovasi pada peringkat sekolah menengah.

"Apabila masuk peringkat IPT pula, selain mengekalkan nilai yang sedia ada, kita terapkan dengan nilai kerjasama dan usahawan, barulah ia menepati graduanyang dikehendaki pada abad 21," katanya.

Pada masa yang sama beliau turut meminta pihak industri memainkan peranan membantu kerajaan melahirkan modal insan berkemahiran tinggi dalam usaha mencapai negara maju.

Beliau berkata, pihak industri tidak boleh mengambil sikap menunggu sehingga pelajar tamat pengajian sebaliknya harus tampil dengan menawarkan tempat untuk penuntut menjalani latihan industri supaya mereka mendapat kemahiran.

Dalam perkembangan lain, Mohamed Khaled berkata, sebuah politeknik metro akandibina di Taman Suria Johor Baharu yang dijangka siap pada akhir tahun inidengan kos RM20 juta.

Katanya, politeknik metro yang mampu menampung 1,000 pelajar termasuk 500 pelajar sambilan itu akan menjadi medium untuk melatih semula dan meningkatkan kemahiran pekerja dari kawasan sekitar dan bekas graduan diploma politeknik.

"Politeknik metro ini kita wujudkan di bandar-bandar besar dan jika ia mendapat sambutan kita akan perluas di kawasan lain," katanya. - BERNAMA

Artikel Lain