suria

"Saya Ni Mat 'Dispatch' Je Bang"

INGAT tak beberapa minggu lalu saya bercerita mengenai artis dengan sebuah kereta buruk. Saya mendapat maklum balas ramai pembaca yang kurang senang kenapa saya asyik sibuk dengan pelakon yang berkereta buruk itu?

Sebenarnya saya bukan mahu bercerita mengenai kereta artis itu tetapi di sebalik kisah berkenaan, masyarakat kita kerap menilai seseorang dengan harta yang dimiliki.

Jadi kepada mereka yang tak faham dengan apa yang saya maksudkan, silalah “pergi sekolah” sekali lagi dah belajarlah membaca semula untuk menganalisis sesuatu maksud.

Kita letak ke tepi kisah artis dan sebuah kereta buruk itu. Kali ini saya nak bercerita pula pengalaman saya terserempak dengan seorang artis popular di satu lokasi secara kebetulan.

Kejadian ini berlaku di perkarangan sebuah syarikat akhbar terkenal.

Entah macam mana secara tiba-tiba saya ternampak seseorang yang saya betul-betul kenal memasuki ruang pejabat syarikat itu.

Lama saya memikirkan, barulah saya dapat meneka gerangan pemuda berkenaan. Kira-kira 10 tahun lalu ketika saya bekerja di Majalah Mangga, saya pernah mengadakan sesi fotografi kumpulan remaja ini beberapa kali.

Nak tahu tak mereka ini juga pernah melalui pengalaman "direndam" di dalam kolam hahaha...!

Saya pun pernah meminjam baju sekolah artis ini untuk ke majlis ulang tahun kelahiran Erra Fazira bersama peminat yang diadakan di PWTC. Pada majlis itu, tetamu dikehendaki memakai pakaian seragam sekolah.

Dek kerana itu, hubungan saya dengan pemain gitar kumpulan muzik seangkatan dengan New Boyz, Scoin, Spin ini agak rapat.

Saya pun menunggu artis ini di ruang pejabat syarikat berkenaan. Apabila ternampak kelibatnya, saya pun memanggil namanya xxxxx. Artis ini memang betul-betul terkejut.

Baca perbualan saya?

NIEZAM: xxxxx!

ARTIS: Ehh... Abang Niezam? Ingat saya lagi ke?

NIEZAM: Mestilah ingat. Dulu kan abang pernah pinjam baju sekolah... Ingat ke?

ARTIS: Hahaa... Ingat! Baju tu pun tak tahulah ke mana dah.

NIEZAM: Berapa umur xxxxx sekarang?

ARTIS: Dah 29 bang.

NIEZAM: Kerja mana? Buat apa datang sini.

ARTIS: (Dengan keadaan serba salah) Kerja “mat dispatch” je bang. Datang hantar surat. Malu la jumpa abang kat sini. Saya ingat orang dah tak kenal saya lagi. Ada orang kenal juga rupanya.

NIEZAM: Ehh... buat apa nak malu. Ada juga kerja. Dispatch pun kerja juga laa. Jangan kau jual dadah cukup la.

ARTIS: Apa nak buat bang. Ini je kerja yang ada. Lepas saya keluar kumpulan ***** saya jadi mat dispatch je. Segan tu ada la juga. Dulu masa zaman artis, popular bang. Sekarang jadi macam ni.

NIEZAM: Sebab tu kalau abang terserempak artis, abang malas tegur. Takut nanti dia orang rasa malu macam kau ni. Hmmm... relaks la tak payah malu-malu. Kerja elok-elok, jangan buat benda tak baik cukup la.

ARTIS: Ok bang... saya gerak dulu. Apa-apa nanti call. Minta nombor telefon abang.

(Untuk makluman, selepas saya bagi nombor telefon saya itu, sampailah hari ini si artis tidak pernah menghubungi saya)

Perbualan di atas menggambar artis ini begitu rendah diri dan berasa malu kerana menjadi seorang ‘mat dispatch’

Sebab itu saya katakan, jangan nak rasa hebat apabila kita bergelar artis kerana populariti itu tidak bertahan lama.

Kepada artis tersebut, sebenarnya kerjaya dia lebih mulia daripada segelintir artis kita yang hanya tahu menghabiskan di pusat-pusat hiburan ketika populariti sedang meningkat naik.

Artis-artis baru hari ini hendaklah beringat mengenai masa depan masing-masing kerana dunia artis tidak seindah seperti yang digambarkan.

NIEZAM: Pernah sembunyi tepi pokok terserempak penyanyi rock 90-an jadi mat “pet”.

Artikel Lain