suria

Dua Maut Kemalangan Di Kuantan

KUANTAN: Dua orang terbunuh dan seorang cedera selepas dua kereta bertembung di Kilometer 25 Jalan Kuantan-Neram di sini semalam.

Mangsa yang maut adalah pemandu Proton Wira, Mohd Shahril Mokhtar, 28, seorang jurujual dari Kampung Alor Batu di sini, dan penumpang hadapan Proton Waja, Tuan Rohaniza Tuan Padang, 35, dari Kampung Kubang Palas, Kuala Terengganu.

Pegawai Penguatkuasa Tadbir Trafik Pahang ASP Zainalabidin Othman berkata kejadian pukul 4.30 petang itu dipercayai berlaku apabila kereta Proton Waja yang datang dari arah Neram menuju ke Kuantan telah memasuki ke laluan Proton Wira yang datang dari arah bertentangan.

"Kedua-dua kereta itu seterusnya bertembung dan menyebabkan mangsa mati di tempat kejadian manakala pemandu Proton Waja terbabit cedera dan dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan untuk rawatan lanjut," katanya di sini, Khamis.

Zainalabidin berkata kemalangan itu merupakan kes kelima pada hari keempat tahun baru 2012 yang meragut lapan nyawa di Pahang. - BERNAMA

Artikel Lain