MAS Umum Struktur Pengurusan Baru - Semasa | mStar

MAS Umum Struktur Pengurusan Baru

KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines (MAS) pada Jumaat mengumumkan struktur pengurusan baru berkuat kuasa 1 Januari ini bagi menyatukan kakitangannya dan mengemudi syarikat penerbangan itu menjayakan pelan perniagaannya yang diumumkan sebelum ini.

Dalam struktur baru itu, bahagian Pengalaman Pelanggan, Operasi, Modal Insan, Rangkaian, Kerjasama, Strategi dan Perancangan kini akan melapor terus kepada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan, Ahmad Jauhari, yang juga memegang jawatan sebagai CEO bahagian Penerbangan Jarak Jauh.

Timbalan CEO Kumpulan dan CEO Penerbangan Jarak Dekat, Mohammed Rashdan akan mengetuai operasi Penerbangan Jarak Dekat, Kewangan Kumpulan, Kewangan Pesawat dan Pengurusan dan buat sementara waktu menerajui bahagian Komersil.

"Struktur organisasi itu menunjukkan era baru bagi kumpulan MAS yang akan meningkatkan lagi kemegahan di kalangan pekerja kami dan keyakinan bagi pelanggan dan pemegang kepentingan kami.

"Ia melibatkan pembentukan beberapa unit perniagaan baru dan menamakan semula fungsi-fungsi sedia ada serta memperkenalkan ketua-ketua baru untuk mengambil alih daripada orang-orang lama yang memutuskan untuk meneruskan peluang dalam kerjaya lain," kata Ahmad Jauhari dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, ini akan memastikan pindahan tanggungjawab dan kejayaan pelaksanaan pelan perniagaan bagi meningkatkan reputasi kumpulan dan kepentingannya. MAS menjelaskan, struktur organisasi baru itu dibentuk susulan peletakan jawatan beberapa pegawai utama termasuk Datuk Dr Amin Khan (daripada Strategi Komersil); Mohd Roslan Ismail (daripada Kejuruteraan Aeorangkasa MAS); Shahari Tan Sri Sulaiman (daripada MASkargo) dan Datin Sharifah Salwa Syed Kamaruddin (daripada Pengurusan Pendapatan).

"Di masa depan, pasukan kepimpinan kumpulan akan diperkukuhkan dengan penyertaan tokoh yang berpengalaman luas, iaitu Hugh Dunleavy bagi menerajui bahagian Perangkaian, Kerjasama, Strategi dan Perancangan dan Shihaj Kutty yang mengetuai Pengurusan Pendapatan," kata Ahmad Jauhari.

Hugh Dunleavy, yang mempunyai pengalaman lebih 30 tahun dalam industri penerbangan menyertai Malaysia Airlines dengan reputasi tinggi bagi mengemudi bahagiannya termasuk strategi dan perancangan, pengurusan pendapatan dan hasil, kerjasama penerbangan, sistem sokongan keputusan, penyelidikan operasi dan hal ehwal kawal selia.

Sementara itu, Shihaj Kutty mempunyai pengalaman lebih 15 tahun dalam industri penerbangan, terutamanya dalam pengurusan pendapatan dan jualan serta menguruskan pejabat tempahan dan tiket bagi syarikat penerbangan utama Eropah dan Teluk.

Kedua-dua Hugh dan Shihaj akan memulakan tugas di MAS pada pertengahan Januari nanti.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

Artikel Lain