suria

Segera Daftar I-Akaun KWSP Untuk Semakan Mudah Secara Online

KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)meminta ahlinya mendaftar untuk i-Akaun bagi memudahkan mereka menyemak akaun secara online mulai Januari tahun depan.

Pengurus Besar Perhubungan Awam KWSP Nik Affendi Jaafar berkata, ia bagi mengurangkan kes ahli yang terlepas pandang untuk mengemaskini penamaan mereka apabila berlaku perubahan seperti berkahwin, penceraian atau kelahiran anak.

"Kegagalan mengemaskini penamaan ini boleh menyebabkan orang tersayang menderita jika ahli meninggal dunia," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Katanya ia merupakan akaun online peribadi untuk ahli dan majikan menjalankan transaksi terpilih melalui laman web myEPF dengan selamat.

"Ahli-ahli digalakkan menyemak butiran penama mereka seperti ejaan nama, nombor MyKad dan peratusan agihan kepada setiap penama apabila kemudahan online ini disediakan," katanya. - BERNAMA

Artikel Lain