suria

Tuanku Syed Faizuddin Dilantik Semula Sebagai Canselor UniMap

KANGAR: Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dilantik semula sebagai Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) bagi tempoh selama lima tahun berkuat kuasa 13 Disember ini.

Menurut kenyataan UniMAP pada Selasa, tempoh pelantikan itu yang telah diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong akan berkuat kuasa sehingga 12 Disember 2016.

Tuanku Syed Faizuddin menjadi Canselor UniMAP sejak 1 September 2003 dan merupakan Canselor pertama universiti itu.

Sejak menjadi Canselor UniMAP, baginda bersama Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil sering memberi sumbangan idea dan menyertai pelbagai program anjuran universiti itu.

Pelbagai kejayaan yang diraih oleh UniMAP termasuk dalam bidang penyelidikan adalah hasil daripada komitmen baginda terhadap universiti itu, tambah kenyataan itu.

UniMAP yang merupakan universiti berteraskan bidang kejuruteraan sedang bekerja keras untuk meletakkan dirinya dalam kelompok 500 buah universiti yang terbaik di dunia menjelang 2020. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain