suria

Kebakaran Di Sumatera Punca Jerebu Teruk

KUALA LUMPUR: Keadaan jerebu yang melanda sekitar kawasan Lembah Klang, negeri-negeri di utara semenanjung, Melaka dan Negeri Sembilan berpunca daripada pencemaran jerebu merentasi sempadan akibat kebakaran yang berlaku di Sumatera, Indonesia.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata bacaan Indeks Pencemaran Udara yang dikeluarkan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) pada Isnin sehingga jam 11 pagi menunjukkan sebanyak 22 stesen merekodkan 44 peratus bacaan Indeks Kualiti Udara (IPU) baik manakala 28 stesen merekodkan 56 peratus bacaan IPU sederhana.

"Bagaimanapun tiada stesen merekodkan bacaan IPU melebihi 100 atau tidak sihat," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau menasihati orang awam supaya mengambil langkah-langkah bagi mengurangkan sebarang kesan akibat jerebu dengan sentiasa cuba berada di dalam bangunan.

"Mengurangkan aktiviti fizikal di luar rumah, banyak minum air kosong, kurangkan sumber pencemaran dalaman seperti asap rokok dan menggunakan penghawa dingin dengan penyelarasan kitaran udara dalaman apabila memandu serta menjaga kebersihan tangan dan muka," katanya.

Orang awam boleh mendapatkan langkah-langkah pencegahan bagi mengurangkan kesan kesihatan akibat jerebu di laman web http://www.infosihat.gov.my serta IPU terkini di laman web http://doe.gov.my/apims. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain