suria

Mercun, Bunga Api Bernilai RM3.4 Juta Dirampas Tahun ini - KDRM

Komander Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) Kawasan Padang Besar, ASP Noor Janihan Nanyan (kanan) menunjukkan berbagai jenis mercun dan bunga api yang dirampas pada sidang media di Kem UPP Padang Besar dekat sini, Jumaat. Sepasukan anggota UPP yang mengadakan pemantauan di Stesen Kuarantin lama Padang Besar telah terserempak dengan dua lelaki membawa tujuh bungkusan plastik hitam dalam keadaan mencurigakan kira-kira 9 malam Khamis. Hasil pemeriksaan mendapati bungkusan plastik tersebut mengandungi berbagai jenis mercun dan bunga api bernilai kira-kira RM2,500. Ekoran itu, dua lelaki tempatan berumur 25 dan 39 tahun ditahan untuk membantu siasatan. --fotoBERNAMA.

PUTRAJAYA: Jabatan Kastam Diraja Malaysia berjaya merampas mercun dan bunga api bernilai kira-kira RM3.4 juta sepanjang tahun ini membabitkan nilai cukai RM2.2 juta.

Penolong Ketua Pengarah Kastam Datuk Zainul Abidin Taib berkata angka itu termasuk kejayaan mematahkan tiga cubaan menyeludup 146,065 paket mercun dan bunga api bernilai RM804,646 di Selangor baru-baru ini, membabitkan cukai RM523,019.

"Antara modus operandinya ialah mercun dan bunga api disimpan di dalam kenderaan (van dan lori) yang dijadikan stor bergerak dan akan sentiasa dipindahkan ke lokasi berbeza dari semasa ke semasa.

"Pengedar akan datang mengambil stok mercun dan bunga api di tempat kenderaan tersebut disimpan," katanya kepada pemberita, di sini, Jumaat.

Beliau berkata dalam tiga kes itu, lima lelaki berumur antara 30an dan 40an ditahan iaitu di Bandar Tasik Puteri, Rawang; Taman Datuk Ahmad Razali, Ampang dan Bandar Sungai Long, Kajang.

Katanya jenis bunga api dan mercun yang dirampas pula ialah 'Colour Flower', 'Assorted Conic Big Fountain', 'Dragon Eggs', 'Pili Crackers', 'Spurter Fireworks' dan 'Glow of Sunse Small Size'.

Pengimportan mercun dan bunga api adalah dilarang di bawah Butiran 34, Jadual Keempat, Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2008 kecuali dengan permit import yang dikeluarkan oleh Polis Diraja Malaysia, dan permit import itu pula hanya untuk dua jenis mercun iaitu 'PoP PoP' dan 'Happy Boom'.

Mengulas lanjut mengenai tiga kes terbabit, Zainul berkata bagi kes pertama pada 19 Julai, pihaknya menyerbu tiga premis di Rawang dan merampas 144,896 paket mercun dan bunga api bernilai RM791,160 melibatkan cukai RM514,254 serta menahan dua lelaki bersama sebuah lori.

Katanya pada Rabu lalu pula, kastam menyerbu sebuah van dan lori di Ampang serta merampas 754 paket mercun dan bunga api bernilai RM12,340 melibatkan cukai RM8,021 dan menahan dua lelaki berumur 40an.

Kes ketiga ialah semalam, apabila pihaknya merampas mercun dan bunga api pelbagai jenama sejumlah 415 paket bernilai RM1,146 yang melibatkan cukai RM744 serta menahan seorang lelaki berusia 31 tahun di Kajang. Sementara itu, Zainul berkata sehingga Rabu lalu, pihaknya merekodkan 2,967 kes yang melibatkan pelbagai kesalahan di bawah Akta Kastam 1967 dan Akta Dadah Berbahaya 1952 membabitkan nilai kira-kira RM266 juta dan cukai sebanyak RM203 juta.

Katanya antara komoditi yang dirampas adalah dadah, rokok (putih dan kretek), kenderaan, minuman keras, mercun dan bunga api serta lain-lain.

Sehubungan itu, katanya orang ramai diseru untuk memberi kerjasama dengan menyalurkan maklumat berhubung sebarang aktiviti penyeludupan dengan menghubungi talian bebas tol Kastam 1-800-88-8855. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain