JAIS Tidak Pernah Keluar Sijil Halal Kepada Kopitiam Di Selangor - Semasa | mStar

JAIS Tidak Pernah Keluar Sijil Halal Kepada Kopitiam Di Selangor

SERDANG: Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) masih belum mengeluarkan pensijilan halal Malaysia kepada mana-mana premis kopitiam di negeri itu.

Pengarah JAIS, Marzuki Hussin berkata, terdapat kurang daripada 10 peratus pengusaha kopitiam yang beroperasi di negeri ini mengemukakan permohonan sijil halal daripada JAIS.

"Di Selangor belum ada kopitiam yang dapat sijil halal JAIS walaupun kita ada buat pemberitahuan supaya mereka memohon untuk mendapatkan sijil halal.

"Hingga kini permohonannya ada tapi amat kurang iaitu kurang daripada 10 peratus yang memohon sijil halal daripada JAIS ataupun Jakim (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia)," katanya pada sidang media selepas merasmikan Seminar Kesedaran dan Kepenggunaan Halal Selangor 2011 di Universiti Putra Malaysia di sini, Selasa.

Selain itu Marzuki berkata JAIS juga sedang berusaha mengeluarkan notis kepada pengusaha premis kopitiam yang masih menggunakan sijil halal yang dikeluarkan syarikat swasta supaya mendapatkan pensijilan halal daripada JAIS ataupun Jakim.

"Sebagai contoh sebuah rangkaian kedai kopi terkenal... mereka maklumkan mahu tukar daripada sijil halal swasta kepada Jakim, tapi hingga kini baru ada tiga daripada 181 premis mereka di seluruh negara yang guna sijil halal Jakim," katanya.

Dalam pada itu JAIS turut mengeluarkan senarai 29 buah hotel dan 78 premis makanan yang mempunyai pensijilan halal Malaysia yang dikeluarkan JAIS dan Jakim.

"Ia sebagai panduan kepada umat Islam untuk berbuka puasa pada bulan Ramadan yang akan datang supaya tidak tersalah memilih premis makanan ataupun hotel.

"Bukan itu sahaja, JAIS turut mengeluarkan notis pemberitahuan kepada pengusaha premis makanan supaya tidak sewenang-wenangnya menggunakan logo halal selain yang dikeluarkan JAIS dan Jakim agar tidak mengelirukan orang ramai," katanya.

Artikel Sebelum

IPU Masih Di Tahap Sederhana

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

Artikel Lain