suria

Editor Bernama.com Meninggal Dunia, Ahad

KUALA LUMPUR: Editor Bernama.com, Izham Shuhaimi Ahmad, meninggal dunia di Hospital Selayang dekat sini kira-kira 4.30 petang Ahad akibat barah esofagus.

Allahyarham berusia 56 tahun.

Kakak Allahyarham Hajah Mafuzah Ahmad berkata Allahyarham meninggal dunia setelah tiga bulan menghidapi sakit berkenaan.

"Pada awal April lepas baru Allahyarham tahu beliau mengidap penyakit itu," katanya ketika dihubungi Bernama, Ahad.

Menurutnya Allahyarham dimasukkan ke Hospital Selayang untuk menjalani rawatan pada Ahad lepas.

Jenazah Allahyarham akan dibawa pulang ke kediaman ibunya di No 23, Jalan 8, Taman Gombak dekat sini dan akan dikebumikan sebelum solat Zohor pada Isnin.

Allahyarham yang berkelulusan ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa (Kewartawanan) dari Universiti Teknologi Mara (UiTM), Sarjana Sains Sukan dari UiTM dan Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Utara Malaysian (UUM) telah berkhidmat dengan Bernama selama 30 tahun. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain