suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Warga India Edar Dadah Dijatuhi Hukuman Gantung Sampai Mati

ALOR SETAR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap seorang warganegara India setelah didapati bersalah mengedar dadah jenis ketamin seberat 5,759.3 gram dua tahun lalu.

Hakim Datuk Mohd Azman Hussin membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya menimbulkan keraguan munasabah terhadap pertuduhan dan berjaya membuktikan tertuduh, Methan Aydroos Mohamed Pillai Naina Mohamed, 50, melakukan kesalahan itu.

Methan Aydroos Mohamed, yang bekerja di syarikat percetakan di negaranya, dituduh melakukan kesalahan itu di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Kepala Batas di sini pada pukul 3.25 petang 11 Mei 2009.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan dihukum mengikut Seksyen 39B(2) akta sama, yang memperuntukkan hukuman mati mandatori.

Tertuduh berpakaian serba putih, yang diwakili peguam, RSN Rayer kelihatan tenang ketika penghakiman manakala pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Kastam Diraja Malaysia, Naziah Mokhtar. - BERNAMA

Artikel Lain