suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Abdullah Sifatkan Negara Kebajikan PAS Sekadar Umpan Tarik Undi Bukan Islam

KEPALA BATAS: Tun Abdullah Ahmad Badawi menyifatkan tindakan PAS menggugurkan perjuangan negara Islam dan diganti negara kebajikan sebagai sekadar umpan untuk meraih undi bukan Islam.

Bekas Perdana Menteri itu berkata perkembangan terkini parti pembangkang tersebut juga menunjukkan PAS seolah-olah kehilangan arah.

"Sebelum ini PAS perjuangkan negara Islam dan tiba-tiba menukar kepada konsep negara kebajikan, nampaknya mereka hanya untuk mengumpan sokongan sahaja," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Kepala Batas, di sini Ahad.

Minggu lalu, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam ucapan dasarnya pada muktamar parti itu, berkata PAS menumpukan kepada negara berkebajikan kerana ia mempunyai kesamaan dengan perjuangan rakan dalam pakatan selain menyifatkan negara Islam tidak disebut dalam al-Quran.

Abdullah yang juga Ketua Bahagian itu berkata konsep negara berkebajikan yang mahu dilaksana PAS tersebut sudah dilaksana kerajaan pimpinan Barisan Nasional sejak dulu lagi.

"Sehingga sekarang kita masih mengamalkannya untuk semua kaum. Kita juga boleh lihat semua rakyat Malaysia dapat menikmati kebajikan yang kerajaan telah buat," katanya. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain