suria

Interlok: 'Golongan Yang Sama' Ganti 'Paria'

KUALA LUMPUR: Kerajaan membuat keputusan menggugurkan perkataan 'paria' dari novel Interlok yang digunakan sebagai teks komponen sastera bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia untuk murid Tingkatan Lima

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, perkataan itu yang mencetuskan kemarahan masyarakat India akan digugurkan dari versi yang digunakan di sekolah.

Kata beliau, panel bebas yang ditubuhkan bagi mengkaji kesesuaian novel tersebuk, termasuk tiga perwakilan India sepakat menggantikan perkataan paria dengan "golongan yang sama".

"Dengan persetujuan yang dicapai, Kementerian (Pelajaran) menganggap isu ini selesai,” katanya semasa sesi soal jawab di Dewan Rakyat, Khamis, lapor Malaysiakini.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain