suria

Tiga Maut, Dua Parah Dalam Kemalangan Di Kampar

KAMPAR: Tiga termasuk dua beranak maut manakala dua lagi cedera parah dalam kemalangan membabitkan dua kereta di Jalan Ipoh-Kuala Lumpur dekat Kampar malam Sabtu.

Mereka yang maut dikenali sebagai Nor Azwan Danial, 41, anak perempuannya Nor Syafiq, 15, dan Chin Guan Huang, 29.

Dua lagi yang parah ialah anak perempuan Nor Azwan. Kedua-duanya kini dirawat di Hospital Kampar.

Ketua Polis Daerah Kampar Supt Abdul Aziz Salleh berkata dalam kejadian pada pukul 10 malam itu, kereta Perodua Kancil yang di pandu Nor Azwan dirempuh oleh kereta yang dipandu Chin yang datang dari arah bertentangan.

Ketika kejadian Nor Azwan dan anaknya dalam perjalanan dari Kampar ke rumahnya di Kampung Gunung Panjang, katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata Nor Azwan yang cedera parah di kepala mati di tempat kejadian, manakala anaknya meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Kampar, dan Chin mati ketika dalam perjalanan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun.-BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain