suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Anggota Tentera Wanita Maut, Empat Anak Cedera Parah

BESUT: Seorang anggota tentera wanita maut, manakala empat anaknya cedera parah selepas kereta yang mereka naiki terbabas sebelum terhumban ke dalam parit dalam satu kejadian di Kampung Nyiur Tujuh dekat sini, petang Khamis.

Kejadian 5.30 petang itu berlaku ketika mangsa, Zubaidah Shamsudin, 35, berpangkat sarjan dalam pasukan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan bertugas di Pangkalan Udara Gong Kedak, dalam perjalanan dari Jerteh menuju Kampung Raja.

Timbalan Ketua Polis Daerah Besut Deputi Supritendan (DSP) Nor Zainy Mohd Noor berkata dalam kejadian itu, kereta yang dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas ke dalam parit di sebelah kanan jalan.

"Ekoran kejadian itu, keretanya remuk di bahagian depan, menyebabkan mangsa tersepit. Pasukan Bomba dan Penyelamat daerah serta Jabatan Pertahanan Awam telah dipanggil membantu mengeluarkan mangsa," katanya ketika dihubungi Jumaat.

Bagaimanapun, mangsa yang berasal dari Kedah, meninggal dunia di Hospital Daerah Besut kira-kira 7.50 malam semalam ekoran kecederaan parah yang dialaminya.

Sementara itu, empat anak mangsa iaitu Amirul Syafiq, Aminudin Akmal, Ahmad Fitri Hakim dan Adam yang berusia antara dua hingga 11 tahun, kini dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain