Bapa Didakwa Bunuh Bayi Perempuan Berusia 10 Hari - Semasa | mStar

Bapa Didakwa Bunuh Bayi Perempuan Berusia 10 Hari

KUALA LUMPUR: Seorang bapa didakwa di Mahkamah Majistret di sini, Jumaat, terhadap pertuduhan membunuh bayi perempuannya berusia 10 hari dengan menanam bayi itu dalam lubang yang baru digali di belakang rumah, lima hari lalu.

Pertuduhan dibacakan terhadap Muhammad Rafiq Suresh Abdullah, di hadapan Majistret Siti Shakirah Mohtarudin, namun tiada pengakuan direkodkan daripada bapa anak lima itu.

Muhammad Rafiq, 38, seorang penganggur didakwa melakukan kesalahan itu di alamat No 1, Jalan Kepong Batu 6 3/4, Jinjang, di sini, antara pukul 11 pagi dan 6 petang, 13 Februari lalu.

Tertuduh yang merupakan penganggur, dibawa ke Penjara Sungai Buloh untuk ditahan sehingga sebutan semula kes pada 18 April.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Muhamad Abu Hassan Ramli, mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Badrul Hisham Kekal ADUN Pelabuhan Klang

Artikel Berikut

Dua Penunggang Motosikal Cedera Dilanda Ribut

Artikel Berkaitan

Lebih Artikel

Coklat tumpah, panggil bomba!

Pilu tiga ibu rayu anak pulang