suria

Mayat Di Lebuh Raya Karak Dikenal Pasti, Motif Pembunuhan Sedang Disiasat

KUANTAN: Polis telah mengenal pasti mayat lelaki yang dijumpai dengan kesan tembakan di Kilometer 46.8 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak pada Ahad lepas sebagai Ng Lai Huat tetapi motif pembunuhannya masih disiasat.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang SAC T. Narenasagaran berkata Ng, 48, berasal dari Kampung Stesen, Kuala Kangsar, Perak.

"Kita telah berjaya mengenal pasti identiti mangsa pagi tadi melalui cap jari yang diambil dan usaha mencari keluarganya sedang dilakukan," katanya kepada pemberita di sini, Rabu.

Beliau berkata semakan mendapati Ng mempunyai 11 rekod jenayah termasuk dadah. - BERNAMA

Artikel Lain