suria

Naza Kia Terima Tempahan Lebih 300 Unit bagi Sorento Baharu

KUALA LUMPUR: Naza Kia Malaysia, pengedar rasmi kenderaan Kia Motors di Malaysia, menerima lebih 300 tempahan bagi kereta Sorento 2011 yang baharu Kereta Sorento 2011 itu dilancarkan di Pameran Kereta Antarabangsa Kuala Lumpur dari 3 hingga 12 Disember.

Tempahan kereta Sorento itu mencatatkan sasaran jualan awal bulanan yang melebihi tempahan jualan awal bagi jenis cruiser yang lebih mewah.

"Kami yakin Sorento yang baharu itu akan mendapat sambutan baik dari rakyat Malaysia kerana kini tidak banyak kenderaan utiliti sukan (SUV) di dalam pasaran yang menawarkan keupayaan, keselesaan, gaya dan prestasi seperti yang ditawarkan oleh Sorento yang baharu itu," kata Ketua Eksekutif Naza Kia Malaysia SM Nasarudin SM Nasimuddin dalam satu kenyataan pada Selasa.

Katanya cruiser mewah berkenaan akan ditawarkan di bilik pameran Naza Kia Malaysia di seluruh negara tidak lama lagi.

Selain Sorento baharu itu, Naza Kia Malaysia turut menerima maklum balas positif dari para pelawat ke pameran motornya bagi model lain yang dipamerkan seperti Kia Optima 2011 dan Forte Koup 2011 yang baharu.

SM Nasarudin berkata Optima dan Forte Koup yang baharu itu akan menjadi antara model Kia yang dirancang diperkenalkan oleh syarikat itu ke pasaran pada tahun akan datang.

Kereta Sorento baharu itu turut mendapat sambutan di beberapa pasaran lain, seperti jualan lebih 100,000 unit di Amerika Syarikat.

Di segi keselamatan, Sorento baharu itu dilengkapi dengan enam beg udara (dua di hadapan, dua di sisi dan dua beg udara langsir), empat Sistem Brek anti-Kunci empat roda, Kawalan Pentabilan Elektronik dan Pengagihan Brek elektronik. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Zaid Sah Presiden Baru Kita

Artikel Berikut

Artikel Lain