suria

3.8 Juta Bahan Milik Perpustakaan Negara Disiar Secara Online

MELAKA: Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) kini dalam usaha untuk menyiarkan 3.8 juta bahan miliknya secara online.

"Setakat ini kira-kira 1 juta halaman bahan itu telah disiarkan secara online di laman web PNM iaitu www.pnm.my," kata Pengarah PNM Datuk Raslin Abu Bakar pada sidang media selepas merasmikan Seminar Inisiatif Digital PNM di sini, Isnin.

Seminar itu dihadiri 120 pegawai perpustakaan dari seluruh negara. Pada majlis itu beliau turut menyampaikan Anugerah Perpustakaan Paling Aktif Melaksanakan Program Galakkan Membaca kepada 20 perpustakaan.

Beliau berkata 3.8 juta bahan yang dimiliki PNM itu berada di Perpustakaan Negara di Kuala Lumpur, Perpustakaan Negeri Sabah dan Perpustakaan Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.

Bahan yang berusia lebih 50 tahun dan tidak mempunyai hakcipta akan diutamakan terlebih dahulu untuk disiarkan secara online, katanya.

Raslin berkata mulai tahun depan, PNM akan mempelbagaikan bentu bahan bacaan bagi kegunaan rakyat di negara ini termasuk dalam bentuk SMS atau MMS di telefon bimbit. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain