suria

ETP Berbeza Dengan Mana-Mana Pelan Pembangunan Terdahulu - Najib

KUALA LUMPUR: Program Transformasi Ekonomi (ETP) adalah satu program yang berbeza daripada mana-mana pelan pembangunan yang terdahulu, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Dalam menghuraikan enam perkara yang membezakan ETP dengan mana-mana pelan pembangunan terdahulu, Najib berkata perbezaan ketara ialah program ini mengandungi projek spesifik dan tindakan khusus siap dengan tempoh masa, pemilik projek dan pengukuran prestasinya.

Najib berkata program ini mengandungi 131 projek permulaan (Entry Point Projects (EPP), 12 laporan makmal, 60 peluang perniagaan, kesemuanya bertujuan mewujudkan 3.3 juta pekerjaan tambahan.

"Program ini telah pun mula membuahkan hasil awal," katanya berucap melancar ETP-Hala Tuju Untuk Malaysia, di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, pada Isnin.

Selain itu, menurut Najib ETP juga berasaskan kepada Pendapatan Negara Kasar (GNI), dan matlamatnya untuk mencapai US$15,000 GNI per kapita pada 2020 dan dalam hal ini ETP menyediakan hala tuju yang jelas.

Perdana Menteri berkata ETP dibentuk bersama dengan sektor swasta mengikut satu pendekatan yang terbuka dan telus, dimana ianya mesra pasaran dan berdasarkan merit dan keperluan.

"Hala tujuan ETP boleh didapati dengan mudah oleh rakyat, di mana kontrak kerajaan diberi, kita akan menyiarkannya di dalam lama web kerajaan," katanya.

Menurut Najib ETP akan mengubah peranan kerajaan daripada pembiaya kewangan kepada pemudah cara untuk mengurangkan pembelanjaan sektor awam.

Najib turut menekankan bahawa ETP ini bersifat inklusif dan adalah untuk semua rakyat Malaysia.

"Maksud saya di sini ialah setiap rakyat Malaysia akan dapat merasai, walau sedikit mana sekalipun, impak positif hasil daripada pelaksanaan projek-projek di bawah ETP," katanya.

Untuk masyarakat luar bandar pula, kata Najib EPP dijangka akan mewujudkan 323,596 pekerjaan baru pada 2020 dan ia juga akan memberi manfaat kepada pemilik Tanah Adat Pribumi, khususnya di Sabah dan Sarawak.

Perdana Menteri berkata ETP dibentuk bersama dengan sektor swasta mengikut satu pendekatan yang terbuka dan telus, dimana ianya mesra pasaran dan berdasarkan merit dan keperluan.

"Hala tujuan ETP boleh didapati dengan mudah oleh rakyat, di mana kontrak kerajaan diberi, kita akan menyiarkannya di dalam lama web kerajaan," katanya.

Menurut Najib ETP akan mengubah peranan kerajaan daripada pembiaya kewangan kepada pemudah cara untuk mengurangkan pembelanjaan sektor awam.

Najib turut menekankan bahawa ETP ini bersifat inklusif dan adalah untuk semua rakyat Malaysia.

"Maksud saya di sini ialah setiap rakyat Malaysia akan dapat merasai, walau sedikit mana sekalipun, impak positif hasil daripada pelaksanaan projek-projek di bawah ETP," katanya.

Untuk masyarakat luar bandar pula, kata Najib EPP dijangka akan mewujudkan 323,596 pekerjaan baru pada 2020 dan ia juga akan memberi manfaat kepada pemilik Tanah Adat Pribumi, khususnya di Sabah dan Sarawak. - BERNAMA

Artikel Lain