suria

Profesor Dr Kurunathan Dilantik Timbalan Naib Canselor UM

KUALA LUMPUR: Profesor Dr Kurunathan Ratnavelu dilantik sebagai Timbalan Naib Canselor (Pembangunan) Universiti Malaya bagi tempoh tiga tahun berkuat kuasa 1 Sept.

Profesor Kurunathan menggantikan Profesor Datuk Dr Khaw Lake Tee, yang penggal khidmatnya tamat esok, menurut UM dalam satu kenyataan di sini, Isnin.

Pakar dalam ilmu teori proses pelanggaran dengan tumpuan spesifik dalam " positron collisions with atoms", Profesor Kurunathan memperoleh Sarjana Muda Sains (Ijazah Kelas Pertama) dan Sarjana Sains melalui penyelidikan dari Jabatan Matematik, Universiti Malaya, dan melanjutkan pengajian Doktor Falsafah (PhD)dalam bidang Fizik Atom di Flinders University, Australia.

Beliau bermula sebagai pensyarah di UM pada 1989 dan dinaikkan ke pangkat sebagai Profesor Madya pada 1994 dan kemudiannya sebagai Profesor pada 2001. - BERNAMA

Artikel Lain