suria

Bayaran Tol SKVE Mulai Ahad Ini

KUALA LUMPUR: Lebuhraya Lembah Kelang Selatan (SKVE) seksyen 1B yang dibuka kepada trafik semalam akan memulakan kutipan tol pada pukul 12.01 pagi, Ahad ini.

Dalam kenyataan di sini hari Jumaat, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata kutipan sistem tol tertutup akan dilaksanakan di SKVE, melibatkan plaza tol Ayer Hitam dan plaza tol SKVE Saujana Putra.

Bagi kenderaan kelas satu, kadar tol yang dikenakan ialah RM1.90, kelas dua (RM2.90), kelas tiga (RM3.90), kelas empat (RM1) manakala kelas lima (RM1.50).

Bagaimanapun, untuk menggalakkan orang ramai menggunakan pengangkutan awam, kerajaan telah memberikan 50 peratus diskaun bayaran tol kepada kenderaan kelas lima iaitu bas sehingga 14 Sept depan.

SKVE sejauh 52km dijangka siap sepenuhnya pada 2012 dan bakal memperkemas jalinan lebuh raya di Lembah Klang terutama di bahagian selatan. -BERNAMA

Artikel Lain