suria

Kerajaan Akan Awasi Pelaksanaan RMK-10

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan akan memastikan kesemua langkah yang digariskan di dalam Rancangan Malaysia Ke-sepuluh (RMK10) dilaksanakan dan diawasi dengan teliti bagi mengekalkan lajakan pertumbuhan ekonomi.

"Sesetengah projek melibatkan kerajaan, swasta dan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC). Ini adalah projek utama yang menyediakan rangsangan dan meningkatkan permintaan domestik," katanya semasa berucap di majlis Perundingan Bajet 2010 di sini pada Selasa.

Jika berlaku sebarang kemelesetqan di segi persekitaran luaran di dalam separuh kedua tahun ini, "kita perlu memastikan permintaan domestik sangat tinggi akan terus kekal agak kukuh dan bertenaga di negara ini," katanya.

Walau pun berlaku ketidaktentuan pada sektor luaran, ekonomi Malaysia terus berdaya tahan, katanya.

Ekonomi negara ini telah menunjukkan pemulihan yang kukuh dengan mencatatkan keluaran dalam negara kasar (KDNK) 10.1 peratus pada suku pertama, yang merupakan yang tertinggi sejak suku pertama 2000.

Untuk mengekalkan lajakan pertumbuhan itu, kerajaan telah turut mengenal pasti 12 bidang pertumbuhan yang termasuk pengaktifan Linkaran Luar Kuala Lumpur sebagai Bidang Ekonomi Utama Nasional (NKEA) bagi membolehkan negara ini untuk menjadi lonjakan besar pertumbuhan, pendapatan dan kualiti kehidupan, katanya.

"Ini akan dicapai di dalam persekitaran yang berhemah pengurusan fiskal dan kestabilan makroekonomi," katanya.

Menyentuh mengenai pembangunan modal insan yang akan terus diberi keutamaan paling atas, Najib berkata ini merupakan pertama kali bagi kesemua rakyat Malaysia di seberang laut untuk pulang dan menyumbang secara signifikan dan menjadi sebahagian daripada impian Malaysia.

"Negara kita yang gah ini menawarkan peluang yang mencukupi kepada semua pihak, tanpa mengira bangsa, agama dan latar belakang ekonomi."

Baru-baru ini Najib mengumumkan penubuhan Talent Corp yang akan menarik, membangunkan dan mengekalkan mida terbaik di negara ini dan menarik bakat-bakat global serta di kalangan rakyat Malaysia yang tinggal di luar negara. - BERNAMA

Artikel Lain