Inkues Kes Bunuh Jururawat HSNZ Akan Diadakan - Semasa | mStar

Inkues Kes Bunuh Jururawat HSNZ Akan Diadakan

KUALA TERENGGANU: Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata, satu inkues akan diadakan dalam tempoh terdekat berhubung kes bunuh seorang jururawat Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) lima tahun lepas.

Beliau berkata, inkues itu dibuat selepas mendapat pandangan dan arahan daripada Timbalan Pendakwa Raya yang meneliti kertas siasatan kes tersebut.

"Semasa inkues itu nanti ramai saksi akan dipanggil termasuk keluarga mangsa, rakan sepejabatnya serta enam orang yang pernah ditahan sebelum ini bagi membantu siasatan kes itu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan bilik media Ibu Pejabat Polis Kontijen negeri, di sini hari ini.

Beliau mengulas laporan akhbar baru-baru ini yang antara lain memetik keluarga Norhayati Awang sebagai mendakwa polis telah menutup kes pembunuhan jururawat itu.

Menyangkal dakwaan tersebut, Mohd Shukri berkata, pihaknya tidak pernah berbuat demikian, malah telah menubuhkan satu pasukan khas bagi mengkaji semula siasatan kes itu.

"Polis telah melakukan siasatan sebaik mungkin mengikut peruntukan undang-undang," kata beliau.

Katanya, sepanjang siasatan kes itu polis telah menahan reman enam orang berdasarkan maklumat yang diberikan oleh keluarga dan orang awam, namun tidak ada bukti kukuh untuk mengaitkan mereka dengan pembunuhan tersebut.

Dalam kejadian pada 13 Ogos 2005 lepas, Norhayati, 29, ditemui mati dalam keadaan ngeri dengan lehernya dikelar dan ditikam berkali-kali selepas dipercayai bergaduh dengan kenalan lelakinya di pekarangan hospital berkenaan.

Mayatnya yang berlumuran darah ditemui di tempat duduk sebelah pemandu kereta Perodua Kancil pada pukul 9 malam.

Sementara itu, mengulas mengenai bilik media tersebut, Mohd Shukri berkata, ianya bertujuan memberi keselesaaan kepada petugas media yang datang membuat liputan di IPK selain melambangkan hubungan erat antara media dan polis.

Pada masa yang sama beliau turut mengingatkan media agar membuat laporan yang seimbang berkenaan tugas polis agar masyarakat lebih menghormati pasukan itu dan tidak hanya tertumpu kepada isu-isu sensasi. - BERNAMA

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

Artikel Lain