suria

Isteri Tun Dr Ismail Meninggal Dunia

KUALA LUMPUR: Isteri kepada bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Dr Ismail, Toh Puan Norashikin Mohd Seth meninggal dunia tengah hari ini kerana sakit tua.

Allahyarhamah akan disemadikan di Makam Pahlawan sebelum zohor esok.

Jenazah Allahyarhamah boleh diziarahi di No 100, Jalan Pinggiran Zaaba, Taman Tun Dr Ismail dekat sini.

Esok jenazah Allahyarham akan diberi penghormatan pengkebumian negara dan orang-ramai boleh memberikan penghormatan terakhir mereka di Dewan Syarahan Masjid Negara antara jam 12 tengahari hingga 1.30 petang.

Artikel Lain