BINTULU: Menteri Kemajuan Tanah Sarawak Datuk Seri Dr James Jemut Masing kekal sebagai Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) untuk tempoh sepenggal (2010-2013) apabila jawatan tertinggi itu tidak dipertandingkan pada Persidangan Perwakilan Tri-Tahunan Ke-2 PRS di sini hari ini.Turut mengekalkan jawatan tanpa bertanding ialah Datuk Joseph Entulu Belaun yang juga Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah iaitu sebagai Timbalan Presiden. Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Joseph Salang Gandum mengekalkan jawatan Naib Presiden apabila menang dalam pemilihan jawatan itu.Berikut adalah senarai penuh anggota majlis tertinggi PRS (2010-2013).Presiden: Datuk Seri Dr James Jemut Masing. Timbalan Presiden: Datuk Joseph Entulu Belaun.Naib Presiden: Datuk Joseph Salang Gandum, Datuk Billy Abit Joo, John Sikie Tayai, Joseph Mauh Ikeh, William Nyalau Badak.Ketua Pergerakan Pemuda: Mong Ak Dagang.Ketua Pergerakan Wanita: Senator Doris Sophia Brodie. -BERNAMA