suria

UPP Tahan Lori Tangki Bawa 8,140 Liter Petrol Di Bukit Kayu Hitam

BUKIT KAYU HITAM: Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) Bukit Kayu Hitam menahan sebuah lori tangki membawa 8,140 liter petrol berdekatan pekan Asun, di kilometer 15.1 lebuh raya Utara-Selatan, semalam.

Komander UPP Kedah, Mohd Noor Idris berkata lori itu ditahan kira-kira pukul 9.15 pagi selepas ia dipercayai berpatah balik dari kawasan perindustrian ringan Bukit Kayu Hitam menuju Alor Setar.

Semasa pemeriksaan, pemandunya berumur 57 tahun berasal dari Bedong, Kedah mengakui membawa 8,140 liter petrol tanpa dokumen dan permit," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata petrol bernilai lebih RM14,600 serta lori tangki itu diserahkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan untuk tindakan lanjut.

Ia disiasat mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 dan jika sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM100,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali, katanya. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain