15 Remaja Ditahan Sertai Parti Liar - Semasa | mStar

15 Remaja Ditahan Sertai Parti Liar

PORT DICKSON: Seramai 15 remaja termasuk empat remaja perempuan ditahan ketika menyertai pesta liar di sebuah resort di pantai Teluk Kemang awal pagi tadi.

Ketika serbuan polis kira-kira 3 pagi, mereka sedang berada di bawah pengaruh alkohol dan khayal akibat pengambilan dadah di dalam sebuah bilik yang telah diubah suai sebagai disko.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Supt Baljeet Singh berkata mereka berusia antara 16 hingga 27 tahun termasuk lima orang pelajar sebuah kolej di Lembah Klang.

"Kita turut merampas dadah jenis ketamin dalam premis itu dan hasil dari ujian air kencing mendapati, tujuh lelaki dan empat wanita berkenaan positif dadah.

"Mereka menginap di resort tersebut dengan tujuan untuk bersuka ria," katanya. -BERNAMA

Artikel Berikut

19 Pesakit Lagi Disahkan Positif H1N1

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Neymar terus kekal di PSG?