suria

Suami Ditahan Berhubung Kes Pembunuhan Isteri

JOHOR BAHARU: Seorang lelaki yang disyaki terbabit dalam kes pembunuhan isterinya di Flat Larkin semalam telah ditahan di rumah saudaranya di Kota Tinggi pada hari yang sama.

Suspek yang berumur 30 tahun ditahan kira-kira 6 petang, empat jam selepas kejadian dilaporkan berlaku.

Suspek dikatakan telah berkelahi dengan isterinya sebelum itu.

"Suspek tidak mempunyai rekod jenayah," kata Timbalan Ketua Polis Johor Baharu (Selatan), Supt Zainal Baharom.

Mangsa yang berumur 23 tahun ditemui terbaring di dalam rumah dengan beberapa kesan tikaman di dada. - BERNAMA

Artikel Lain