suria

Bayaran Tol Bagi Lebuhraya Lekas Mulai Esok

KAJANG: Pengguna Lebuhraya Kajang Seremban (LEKAS) antara Persimpangan Bertingkat Mantin dan Persimpangan Bertingkat Setul perlu membayar tol mulai 12.01 pagi esok.

Seksyen itu dengan jarak 10km yang dibuka kepada trafik mulai 1 Mac lepas, dikecualikan daripada bayaran tol selama sebulan mulai tarikh itu.

Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dalam kenyataan hari ini berkata kadar tol yang dikenakan adalah sama dengan seksyen Kajang Selatan hingga Mantin, Negeri Sembilan .

Pelaksanaan kutipan tol secara sistem tol tertutup ini adalah selaras dengan tindakan untuk mewartakan kutipan tol di bawah Akta Jalan-Jalan Persekutuan (Pengurusan Persendirian) 1984 yang dibuat pada 25 Februari 2010.

Pengguna lebuh raya boleh mendapatkan maklumat kadar tol tersebut melalui laman web http://www.llmnet.gov.my atau menghubungi 03-8738 3016 untuk keterangan lanjut. - BERNAMA

Artikel Lain