suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

87 Pelajar Cemerlang SPM Terima Anugerah YPC

KUALA LUMPUR: Seramai 87 pelajar daripada 12 sekolah di kawasan Cheras di sini yang memperoleh keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2009 menerima Anugerah Yayasan Pendidikan Cheras (YPC) edisi ke-10.

Pengerusi YPC, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee berkata, pelajar yang dipilih untuk menerima anugerah ini adalah mereka yang berjaya mencapai keputusan 'A' dalam kesemua mata pelajaran.

"Selain itu, enam buah sekolah menengah naungan YPC telah dipilih untuk menerima Anugerah Cemerlang berdasarkan jumlah peratus pelajar yang memperoleh keputusan 'A' dalam semua subjek," katanya ketika berucap pada majlis perasmian Anugerah Cemerlang SPM 2009 di sini hari ini.

Majlis itu dirasmikan oleh Menteri Wilayah Persekutuan Dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Seri Raja Nong Chik Datuk Raja Zainal Abidin.

Syed Ali berkata, anugerah cemerlang ini akan menyuntik lagi semangat para pelajar untuk terus gigih meneruskan pelajaran mereka.

Setiap pelajar menerima RM300, sijil penghargaan, baucer makan manakala sekolah pula diberi ganjaran bernilai RM1,000, RM750 dan RM500. - BERNAMA

Artikel Lain