suria

Promosi Mingguan mStar di Wangsa Walk Mall & Giant Kelana Jaya, Ahad

PETALING JAYA: Mingguan mStar, akhbar Bahasa Malaysia Kumpulan Media Star akan menemui orang-ramai dalam siri roadshow yang ketiga esok di Wangsa Walk Mall, Wangsa Maju dan Giant Kelana Jaya.

Menurut Eksekutif Pemasaran dan Promosi Star Publications (M) Bhd, Nur Afzan Abdul Adziz, kedua-dua roadshow itu akan berlangsung dari pukul 12 tengah hari sehingga pukul 3 petang.

Roadshow yang pertama telah diadakan di Pusat Membeli Belah One Utama dan Giant Shah Alam pada 28 Februari lalu manakala siri yang kedua telah diadakan di Berjaya Times Square dan Tesco Mutiara Damansara pada 7 Mac.

Kata Nur Afzan, pelbagai aktiviti menarik telah dirancang sepanjang tiga jam promosi itu antaranya ialah pengedaran naskhah Mingguan mStar dan cabutan bertuah.

Menurut beliau, orang-ramai juga berpeluang melanggan akhbar The Star selama tiga bulan pada harga potongan istimewa dan memperolehi Sunday Star percuma bersama Mingguan mStar dan kad Touch n Go khas bernilai RM20 dengan logo mStar.

Oleh itu katanya, semua dijemput hadir di kiosk Mingguan mStar bagi memeriahkan suasana dan mengambil peluang ini untuk melanggan akhbar The Star pada harga istimewa.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain