Jamil Khir Dan Dua Lagi Fail Bantahan Awal Pertuduhan Qazaf Anwar - Semasa | mStar

Jamil Khir Dan Dua Lagi Fail Bantahan Awal Pertuduhan Qazaf Anwar

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Jamil Khir Baharom dan dua yang lain hari ini memfailkan bantahan awal bagi membatalkan permohonan qazaf Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Jamil Khir serta Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan Shamsuddin Hussain dan Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Datuk Che Mat Che Ali, memfailkan permohonan bantahan awal itu di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah, petang tadi melalui Tetuan Zainul Rijal Talha & Amir.

Peguam-peguam mereka Zainul Rijal Abu Bakar, Roslizam Rahim dan Mohd Firdaus Mohd Arifin hadir di mahkamah bagi memfailkan permohonan itu.

Zainul Rijal memberitahu pemberita bahawa mahkamah menetapkan 17 Feb untuk sebutan permohonan bantahan itu. Beliau berkata pihaknya akan menyerahkan salinan bantahan awal itu kepada peguam syarie Anwar, Kamar Aniah Kamaruzaman, esok.

Pada 7 Januari lepas, Anwar memfailkan permohonan bagi mendapatkan perintah untuk mengarahkan Shamsuddin, selaku Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan, supaya mendakwa bekas Mohd Saiful dengan tuduhan qazaf.

Dalam permohonan itu juga Anwar turut menamakan Shamsuddin, Jamil Khir dan Che Mat sebagai responden.

Mengikut Seksyen 41 Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan 1997, qazaf ialah tuduhan terhadap seseorang yang melakukan zina tanpa membawa empat orang saksi lelaki.

Seksyen ini adalah bagi mengelak seseorang menuduh orang lain berzina.

Jika sabit kesalahan, pesalah boleh dikenakan denda RM5,000 atau penjara sehingga tiga tahu atau kedua-duanya.

Jamil Khir, Shamsuddin dan Che Mat juga memfailkan satu afidavit bersama bagi menyokong permohonan bantahan awal itu. Dalam permohonan bantahan awal itu, selain memohon membatalkan permohonan qazaf oleh Anwar, ketiga-tiga mereka juga mahu supaya peguam Zulkifli Noordin, yang turut mewakili Anwar dalam permohonan qazaf itu, digugurkan daripada barisan pembelaan itu dengan alasan Zulkifli berkemungkinan akan dipanggil menjadi saksi dalam permohonan qazaf.

Mereka juga berkata bahawa terdapat konflik kepentingan kepada Zulkifli dalam permohonan qazaf itu.

Mereka juga berkata Mahkamah Tinggi Syariah tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar dan memutuskan permohonan qazaf berkaitan kesalahan jenayah melalui prosedur Mal. Ketiga-tiga mereka juga berkata terdapat ketidakpatuhan dalam prosiding permohonan itu dan juga terdapat salah aturan dalam memulakan prosiding itu. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Dr Mahathir Senang Kepimpinan Najib

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

Artikel Lain