suria

Dua Dijatuhi Hukuman 10 Tahun, Seorang Ke Hospital Bahagia

KUALA LUMPUR: Seorang daripada tiga bersaudara, yang didakwa menyebabkan kematian ahli keluarga sendiri pada hari raya 2008, terlepas dari hukuman penjara apabila Mahkamah Tinggi di sini hari ini mendapati beliau mengalami penyakit mental.

Pesuruhjaya Kehakiman Azman Abdullah memerintahkan dua lagi dihukum penjara 10 tahun.

Muhammad Ilyas Abdul Razak, 25, diperintah dihantar ke Hospital Bahagia, Tanjung Rambutan manakala adiknya Muhammad Fauzi, 23, serta sepupunya Muhammad Nizam Mohd Ibrahim, 21, diperintah dipenjara bermula tarikh tangkap.

Kesemua mereka didakwa bersama-sama menyebabkan kematian Mohd Ibrahim Kader Mydin, 48, dan Rosina SM Mydin Pillay, 42, di rumah No 5-7C, Blok A, Flat Seri Sarawak, Jalan Kenanga, di sini pada 1 Okt 2008 antara pukul 12 tengah hari dan 8 malam.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun. - BERNAMA

Artikel Lain