Bakar Gereja Perbuatan Keji, Bercanggah Dengan Islam - Pembangkang - Semasa | mStar

Bakar Gereja Perbuatan Keji, Bercanggah Dengan Islam - Pembangkang

PETALING JAYA: Tindakan pihak tidak bertanggungjawab menyerang dan membakar tiga buah gereja di Lembah Klang awal pagi semalam bercanggah dengan Islam.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, parti itu mengutuk sekeras-kerasnya tindakan berkenaan yang sememangnya ditegah oleh Islam.

Malah menurut beliau, terdapat banyak ayat al-Quran dan hadis Rasulullah S.A.W yang melarang umat Islam daripada mengganggu penganut agama lain, paderi dan rumah ibadat mereka.

"Tindakan yang bercanggah dengan Islam ini, hanyalah dilakukan oleh orang yang tidak faham terhadap agama mereka sendiri.

"Ahli-ahli dan penyokong PAS di seluruh negara, serta rakyat keseluruhannya perlulah sentiasa diingatkan agar bertenang dan tidak terpengaruh dengan tindakan provokatif pihak-pihak tertentu," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai tiga insiden membaling bom buatan sendiri di tiga gereja iaitu di Gereja Metro Tabernacle, Desa Melawati; Gereja Assumption Petaling Jaya dan Gereja Life Chapel di Damansara.

Insiden pertama berlaku pada kira-kira jam 12.30 malam di Gereja Metro Tarbenacle, Desa Melawati apabila dipercayai seorang lelaki bermotosikal membaling topi keledar berisi bom petrol melalui tingkap gereja tersebut.

Kejadian kedua berlaku di Gereja Assumption di Petaling Jaya pada kira-kira jam 4 pagi dan Gereja Chapel, Damansara turut menjadi sasaran pihak tidak bertanggungjawab kira-kira jam 9 pagi.

Bagaimanapun bom petrol dalam botol yang dibaling oleh lelaki bermotosikal ke dalam kedua-dua gereja itu tidak meletup dan tidak mengakibatkan kebakaran.

Dalam pada itu, Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mempertikaikan tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak membenarkan perhimpunan aman di mana-mana masjid bagi membantah isu penggunaan kalimah Allah.

Menurutnya, tindakan membenarkan perhimpunan bantahan mengenai isu penggunaan kalimah Allah dalam akhbar mingguan Herald-The Catholic Weekly.

"Saya pelik bagaimana Perdana Menteri boleh benarkan perhimpunan bantahan mengenai isu agama, tapi beliau tidak benarkan jika rakyat berhimpun untuk nyatakan bantahan mengenai isu tuntutan rakyat seperti harga minyak.

"Sedangkan isu agama ini jika dibiarkan boleh mendatangkan kesan yang lebih buruk di negara ini," katanya kepada mStar Online.

Menurut beliau, PAS sememangnya membantah penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan tersebut, namun menyeru kepada semua rakyat agar lebih profesional dalam menangai isu ini.

"Kita memang bantah (guna kalimah Allah), tapi kita harap penyokong PAS dan semua rakyat lebih bersikap profesional dalam menghadapi isu yang sensitif seperti ini," katanya.

Dalam pada itu, Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut mengecam tindakan menyerang tiga buah buah gereja dalam kejadian awal pagi tadi.

Menurut beliau, Islam menggesa umatnya menghormati tempat beribadat agama lain.

"Serangan keji sedemikian merupakan satu tindakan yang dikecam keras al-Quran, agama Islam jelas menggesa umatnya untuk menghormati rumah ibadat penganut agama lain," katanya.

Beliau berkata, semua pihak perlu bertenang dan tidak mengambil jalan mudah dalam menyelesaikan isu ini.

"Saya menyeru semua pihak agar bertenang dan jangan sesekali terjerumus ke dalam api kebencian dan sebarang tindakan tidak boleh sama sekali didasari politik perkauman sempit.

"Saya mempunyai keyakinan kita rakyat Malaysia akan menyelesaikan isu ini tanpa diiringi sebarang konflik," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

default image

Sultan Johor Mangkat

Klik

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.