suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Warga Emas Maut Dalam Kejadian Langgar Lari

KUALA LUMPUR: Seorang warga emas maut selepas dirempuh sebuah motosikal di Jalan Pahang menghala Setapak awal pagi ini.

Pegawai Penyiasat Kanan Cawangan Polis Trafik Kuala Lumpur, Asisten Supritendan Rizal Abdul Rahman Sidek berkata, mangsa Chan Choon Low, 78, dipercayai mahu melintas jalan tersebut pada kira-kira pukul 7.30 pagi apabila dirempuh seorang penunggang motosikal. Chan mati di tempat kejaian.

Rizal berkata, menurut saksi kejadian, penunggang motosikal terbabit melarikan diri selepas kejadian itu. Polis kini sedang menjejaki penunggang motosikal tersebut.

Mayat Chan telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain