suria

Polis Perak Sasar 75,000 Anggota Rakan Cop Sebelum Akhir Tahun Ini

IPOH: Polis Perak yakin akan mencapai sasaran mendapatkan 75,000 anggota Rakan Cop sebelum hujung tahun ini berdasarkan sambutan orang ramai yang menggalakkan dalam membantu mengurangkan statistik jenayah.

Timbalan Ketua Polis Perak Datuk Zakaria Yusof berkata sejak Rakan Cop dilancarkan empat tahun lalu 73,000 orang mendaftar sebagai Rakan Cop di Perak.

Beliau berkata berdasarkan peningkatan ketara itu pihaknya yakin sasaran 75,000 anggota menjelang hujung tahun ini akan dapat dicapai.

"Untuk itu kami sedang giat menjalankan kempen bagi menarik minat lebih ramai anggota masyarakat menyertai program itu.

Setakat ini, sudah 73 kali program ini diadakan di Perak," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program pensijilan Pengawal Keselamatan di kilang Carsem (M) Sdn Bhd di sini hari ini.

Katanya polis juga yakin jika lebih ramai anggota masyarakat menjadi anggota Rakan Cop dan membantu melaporkan kegiatan jenayah kepada polis sudah pasti statistik jenayah turut dapat dikurangkan. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain