Dr Asri jangan cebur diri dalam politik - Zulkifli Noordin - Semasa | mStar

Dr Asri jangan cebur diri dalam politik - Zulkifli Noordin

KUALA LUMPUR: Anggota Parlimen Kulim, Bandar Baharu Zulkifli Noordin hari ini meminta bekas Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin supaya tidak menyertai sebarang parti politik untuk menyebarkan dakwah.

Anggota Parlimen dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu berkata beliau yakin bahawa Dr Mohd Asri tidak akan menghadapi halangan dalam menyebarkan dakwah keagamaan ekoran kedudukannya yang diterima ramai sama ada kerajaan mahupun pembangkang.

"Saya berpendapat bahawa Dr Asri ini sudah sampai ke peringkat melangkaui politik partisan. Kedudukan dia diterima oleh masyarakat dari semua peringkat. Saya kira lebih sesuai Dr Asri main peranan sebagai ulamak nonpartisan.

"Dakwah dia itu akan lebih efektif kalau dia kekal dalam kedudukan sekarang (tidak berparti)..sebab dalam politik ini banyak kompromi, banyak konsesi dan dia lebih sesuai dalam keadaan sekarang," katanya kepada Bernama di lobi Parlimen di sini.

Hari ini, Dr Mohd Asri dilaporkan berkata bahawa beliau sedia menyertai politik sebagai jalan terakhir jika usahanya untuk menyebarkan dakwah melalui ceramah agama berdepan dengan halangan. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

Artikel Lain