suria

Mayat pengawal keselamatan ditemui di tepi sungai Klang

KUALA LUMPUR:Mayat seorang lelaki dipercayai pekerja keselamatan ditemui dalam keadaan bersandar di kaki lima tebing Sungai Klang di belakang bangunan Mahkamah Tinggi di Jalan Raja di sini hari ini.

"Identiti mayat dikenali melalui pas pekerjanya sebagai Othman Ibrahim dan berumur 48 tahun.

"Hasil pemeriksaan, polis percaya mangsa mungkin penagih dadah.

"Mayat tersebut dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat dan polis mengklasifikasikan kes itu sebagai mati mengejut," kata Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Mohamed Zulkarnain Abdul Rahman ketika dihubungi.

Waris si mati atau sesiapa yang mengenali mangsa diminta menghubungi Sjn Zainuddin Md Nor di talian 0320702222 ext 300 atau 0163863344. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain