Mercun bom dilemparkan kali kedua di rumah Pengerusi DAP Sarawak - Semasa | mStar

Mercun bom dilemparkan kali kedua di rumah Pengerusi DAP Sarawak

SIBU: Sebuah mercun bom sekali lagi dilemparkan ke rumah Pengerusi DAP Negeri Wong Ho Leng di Jalan Ipoh di sini malam tadi.

Kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di rumahnya menunjukkan dua lelaki yang tidak dikenali melemparkan bahan letupan itu ke pagar rumahnya di mana ia meletup dalam kejadian pukul 7.26 malam.

"Saya sedang membuka pintu apabila ternampak pancaran cahaya api diikuti letupan yang kuat.

"Api yang memancar dilepaskan di meratarata tempat termasuk di halaman rumah saya. Rumput di tepi longkang juga dijilat api dan terbakar dalam jarak kira-kira tiga meter," katanya kepada pemberita.

Katanya anggota keluarganya yang berada di rumah pada masa itu semuanya selamat dan tiada harta benda yang rosak walaupun lima anaknya agak gementar.

Ini merupakan kejadian kedua sebuah mercun bom dilemparkan di rumahnya selepas insiden yang sama pada 27 Sept tetapi ia tidak meletup.

Katanya beliau telah menghubungi polis pada kira-kira 7.30 malam tetapi unit rondaan polis hanya tiba pada pukul 8.15 malam.

Wong yang juga seorang peguam dan Anggota Dewan Undangan negeri kawasan Bukit Assek berkata beliau telah memasang CCTV selepas insiden yang pertama.

Katanya bahan letupan yang juga sejenis mercun dengan garis pusat tiga inci biasanya dilencarkan ke udara dengan pelancar silinder.

Mercun bom yang digunakan dalam kejadian pertama bergaris pusat lima inci.

"Bagi saya, ini merupakan tindakan pengecut. Saya tidak ingat bermusuh dengan sesiapa baru-baru ini. Adalah mustahil bagi seorang ahli politik tidak mempunyai musuh politik. Saya serahkan perkara itu kepada polis untuk menyiasat," katanya. BERNAMA

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

Artikel Lain

BN kekalkan kerusi Parlimen Kimanis