suria

PKFZ: PKA saman Kuala Dimensi dan BTA Architect RM920 juta

SAMAN...Pengerusi Lembaga Pelabuhan Klang (PKA), Datuk Lee Hwa Beng memfailkan saman terhadap pemaju utama projek PKFZ, Kuala Diemnsi Sdn Bhd dan BTA Architect di Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini. Foto THE STAR Oleh: ABDUL RAHMAN SENIN
SAMAN...Pengerusi Lembaga Pelabuhan Klang (PKA), Datuk Lee Hwa Beng memfailkan saman terhadap pemaju utama projek PKFZ, Kuala Diemnsi Sdn Bhd dan BTA Architect di Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini. Foto THE STAR Oleh: ABDUL RAHMAN SENIN
SAMAN...Pengerusi Lembaga Pelabuhan Klang (PKA), Datuk Lee Hwa Beng memfailkan saman terhadap pemaju utama projek PKFZ, Kuala Diemnsi Sdn Bhd dan BTA Architect di Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini. Foto THE STAR Oleh: ABDUL RAHMAN SENIN

SHAH ALAM: Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) memfailkan saman RM920 juta terhadap kontraktor siap guna untuk Zon Pelabuhan Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ), Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB) dan konsultan yang dilantik bagi projek itu BTA Architect, dalam aspek pembangunan utama dan perjanjian tambahan yang ditandatangani antara Februari 2003 dan November 2006.

Pengerusi LPK Datuk Lee Hwa Beng memfailkan saman itu sendiri di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil di sini pagi ini.

Bagaimanapun beliau enggan memberikan salinan keduadua saman itu kepada media.

Dalam kenyataan media beliau, Lee berkata saman itu difailkan untuk relief termasuk antara lain pembatalan semua perjanjian pembangunan dan satu pengisytiharan bahawa KDSB hanya layak dibayar dengan nilai kerja yang munasabah dilakukan dengan sewajarnya Alternatif, beliau meminta satu pengisytiharan bahawa semua notis pembayaran yang dikeluarkan oleh KDSB adalah batal dan tidak sah.

Lee juga secara alternatif meminta satu pengisytiharan bahawa KDSB tidak layak, dan bahawa PKA tidak diwajibkan membayar KDSB tuntutan berjumlah RM836,758,459.92 di mana KDSB telah lakukan untuk kerja-kerja perparitan dan membekalkan air, permulaan bayaran profesional, masingmasing bagi pelbagai kerja di bawah perjanjian pembangunan itu.

Alternatif, beliau meminta satu perintah bahawa kerjakerja yang dijalankan oleh KDSB dikaji semula oleh sebuah konsultan bebas yang dilantik mahkamah dan bayaran permulaan dan profesional dinilai oleh mahkamah berkenaan.

Lee juga meminta faedah, ganti rugi umum dan kos mengenai satu asas indemniti dan ganti rugi kerana penipuan dan salah tafsiran kecuaian, faedah, kos, ganti rugi disebabkan bersubahat dan relief lain yang difikirkan sesuai dan wajar oleh mahkamah.

Menurut kenyataan media, Lee berkata LPK juga memfailkan satu saman permulaan di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil di sini, meminta satu pengisytiharan bahawa kenaikan dalam kadar faedah dari lima peratus kepada 7.5 peratus setahun berkaitan perjanjian tambahan untuk kerjakerja tambahan pembangunan yang ditandatangani pada April 2006 adalah batal dan tidak sah.

Beliau berkata jumlah amaun yang dipertikaikan kini kira-kira RM1.64 bilion termasuk RM720 juta saman yang difailkan oleh LPK di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil di sini pada 18 September.

"Lembaga LPK sedar dengan tugasnya untuk melakukan apa yang betul untuk lembaga pelabuhan itu dan menjalankan tugasnya dalam cara yang sesuai dan wajar," menurut kenyataan itu.

KDSB dilantik oleh LPK pada 2003 bagi membangunkan PKFZ di tapak seluas 405 hektar bersebelahan dengan Pelabuhan Utara di Klang.

Syarikat itu menjadi tumpuan barubaru ini berikutan dakwaan mengenakan caj berlebihan terhadap LPK bagi projek PKFZ, menyebabkan lembaga tersebut dan projek berkenaan menanggung kerugian. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain