suria

Model minum arak: Waran penahanan dikeluarkan

Model pelancongan Kartika Sari Dewi Shukarno, 32, ketika hadir di Mahkamah Tinggi Syariah baru-baru ini. Kartika dijatuhi hukuman denda RM5,000 dan enam sebatan oleh mahkamah selepas mengaku bersalah meminum arak di Cherating Bay Lounge, Hotel Legend, Cherating kira-kira pukul 11.40 malam pada 11 Julai tahun lepas.--fotoBERNAMA.

KUANTAN: Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini mengeluarkan waran penahanan terhadap seorang model pelancongan yang dijatuhi hukuman denda RM5,000 dan enam sebatan selepas mengaku salah meminum arak, bulan lepas.

Hakim Syarie Datuk Abdul Rahman Yunus memerintahkan Kartika Sari Dewi Shukarnor, 32, dari Sungai Siput, Perak ditahan berkuat kuasa 24 Ogos ini bagi tempoh tujuh hari untuk melaksanakan hukuman sebatan.

Mahkamah bagaimanapun bersetuju mengeluarkan waran pelepasan ke atas Kartika Sari Dewi dalam tempoh kurang dari tujuh hari sekiranya hukuman sebatan dilaksanakan lebih awal.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Syarie Saiful Idham Sahimi memfailkan tiga permohonan bagi memohon perintah menahan Kartika Sari Dewi di Penjara Wanita Kajang, perintah menguatkuasakan hukuman sebatan secara syariah dan permohonan perintah pelepasan selepas hukuman dijalankan.

Permohonan tersebut dibuat selepas tempoh rayuan terhadap hukuman yang dijatuhkan pada 20 Julai lepas berakhir pada 3 Ogos lepas.

Tiada sebarang rayuan dikemukakan oleh pihak Kartika Sari Dewi.

Abdul Rahman kemudian membenarkan kesemua permohonan itu dalam kamarnya.

Pada 1 Disember tahun lepas, Kartika Sari Dewi didakwa meminum arak jenama Tiger Beer di Cherating Bay Lounge, Hotel Legend, Cherating kira-kira 11.40 malam 11 Julai 2008.

Dakwaan dibuat mengikut Seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang yang membawa hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau keduaduanya dan disebat tidak melebihi enam sebatan. BERNAMA

Artikel Lain