4 cedera gempa di Sumatera, gegaran dirasai di Semenanjung Malaysia

JAKARTA: Satu gempa bumi kuat di dasar laut melanda barat Indonesia kira-kira pukul 2.38 petang tadi waktu tempatan (3.38 petang waktu Malaysia), mengakibatkan empat cedera ketika sedang cuba menyelamatkan diri.

Laporan AP menyebut, agensi geofizik dan metereologi Indonesia memaklumkan tiada sebarang amaran tsunami dikeluarkan.

Kajian Geologi Amerika Syarikat memaklumkan gempa bumi itu adalah pada magnitud 6.7 selepas memberi magnitud awal 7.0.

Gempa bumi tersebut berpusat pada kedalaman 28 batu (45 km) di dasar Lautan Hindi, kira-kira 70 batu (110 km) di barat-baratdaya bandar Padang di pulau Sumatera.

Empat orang cedera ketika mereka sedang cuba menyelamatkan diri dan sebuah rumah turut musnah di Padang, kata seorang pegawai kerajaan tempatan, Ade Edward.

Sementara itu, Bernama melaporkan gegaran akibat gempa bumi kuat berskala 6.9 pada skala Richter itu dirasai di sekitar perairan pantai barat Semenanjung Malaysia.

Bagaimanapun gemba bumi itu tidak akan menyebabkan tsunami berlaku di Malaysia, menurut kenyataan Jabatan Meteorologi di sini hari ini.

Gempa itu berpusat di latitud 1.6 darjah Selatan dan longitud 99.4 darjah Timur, dan kira-kira 541km Tenggara Melaka, katanya.

Sementara itu, jurucakap Bilik Gerakan Bomba dan Penyelamat Jalan Hang Tuah di sini memberitahu Bernama pihaknya menerima laporan daripada orang ramai mengenai gegaran yang dirasai di sekitar bandar raya sejak pukul 4 petang ini.

Antara panggilan yang diterima adalah dari kawasan Wangsa Maju, Desa Petaling dan Bandar Tun Razak dan pihaknya kini sedang memantau perkembangan tersebut, katanya.

Di JOHOR BAHRU, beberapa bangunan tinggi di bandar raya ini termasuk Menara Landmark setinggi 33 tingkat di Jalan Ngee Heng, Hotel Selesa di Jalan Datuk Abdullah Tahir dan Wisma Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Jalan Yahya Awal, turut dilaporkan mengalami gegaran berkenaan.

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Larkin ketika dihubungi berkata pasukan bomba bergegas ke ketiga-tiga bangunan berkenaan selepas menerima panggilan daripada orang awam pada pukul 4.10 petang.

"Semua orang awam dan kakitangan telah diarahkan keluar dari bangunan itu sementara menunggu pasukan bomba melakukan pemeriksaan," katanya.

Beliau berkata tiada sebarang tanda keretakan didapati pada bangunan tersebut dan kesemua bangunan itu disahkan selamat untuk dihuni.

Jabatan Meteorologi dalam satu kenyataan malam ini menyatakan tiga lagi gempa bumi sederhana berlaku berhampiran Siberut.

Gempa bumi pertama berukuran 5.0 pada skala Richter berlaku pukul 4.24 petang di 106 kilometer timur laut Siberut, iaitu kirakira 459km barat daya Klang, Selangor.

Gempa bumi kedua berukuran 5.5 pada skala Richter berlaku di 85km dari Siberut, iaitu kirakira 624km barat daya Melaka pada pukul 6.45 petang dan diikuti gempa bumi ketiga berukuran 5.8 pada skala Richter pukul 8.48 malam.

Gempa bumi ketiga berlaku di 31km tenggara Siberut, iaitu kirakira 546km barat daya Melaka, menurut kenyataan itu.

Tiada ancaman tsunami berikutan gempa bumi berkenaan. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

Check-out seleksi menyegarkan, menambah nikmatnya tradisi iftar... Kombo Cool Kathira, Cool Bandung memang berbaloi!

COOLBLOG Tradisi Cool Ramadan tampil dengan seleksi minuman Cool Kathira dan Cool Bandung.

Laksana tanggungjawab perangi Covid-19, sumbangan mega Petronas saat krisis tiada sempadan – “Diharapkan Malaysia lebih kuat dan utuh di masa depan”

DENGAN keadaan yang tidak menentu ketika ini akibat pandemik Covid-19, terdapat keperluan bagi negara untuk bersama-sama menangani penularan wabak itu.

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Artikel Lain