3 anggota tentera antara 111 ditahan positif dadah

KUALA LUMPUR: Tiga anggota tentera dan 30 wanita antara 111 orang yang ditahan positif dadah di dua lokasi berasingan awal pagi tadi.

Anggota-anggota tentera itu dan seorang wanita ditahan bersama dua lagi lelaki kira-kira 2.30 pagi di sebuah pusat karaoke di Jalan Ampang di sini.

Sumber polis memberitahu, kesemua mereka ditahan kerana positif ketamin dan ekstasi dari hasil ujian air kencing yang dilakukan.

Kesemua mereka yang berusia lingkungan 20 dan 30 tahun itu ditahan untuk siasatan lanjut di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur.

Sementara itu, seramai 105 orang lagi ditahan di sebuah pusat hiburan di Bandar Sri Damansara.

Dalam serbuan pukul 4.30 pagi itu, kesemua yang ditahan berumur lingkungan 20 dan 62 tahun yang terdiri daripada 76 lelaki dan 29 wanita.

Kesemua yang ditahan positif ganja, ketamin dan ekstasi.

Kesemua mereka dibawa ke IPK Selangor untuk siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Artikel Lain