suria

PERKEMBANGAN INKUES KEMATIAN TEOH

BERIKUT adalah perkembangan kematian inkues kematian Teoh Beng Hock yang masuk hari kelima hari ini:

3.10 petang: Gobind maklumkan hasil siasatan dan ujian mendapati kesan seperti darah yang ditemui di tangga antara tingkat 14 dan 15 bukan darah. Sebaliknya ia dipercayai ialah kesan cecair anti karat. Bagaimanapun laporan penuh mengenai bahan tersebut akan dibentangkan di mahkamah esok.

Gobind juga mklumkan hasil siasatan di koridor tingkat 5 mendapati terdapat fiber berhampiran tempat mayat dijumpai. Gobind percaya ia mungkin boleh membantu memberi petunjuk bagi kes ini. Fiber berkenaan di bawa ke makmal utuk diuji.

1.10 tengah hari: Dipercayai pegawai forensik turut menjalankan pemeriksaan semula di pejabat SPRM tingkat 14 bagi memeriksa tempat-tempat yang mencurigakan seperti yang diminta oleh Gobind.

11.50 pagi: Wartawan dan jurugambar yang berada di tingkat 15 diarah menunggu di lobi bangunan tersebut. Polis menutup pintu utama ke pejabat SPRM.

11.40 pagi:10 orang pegawai forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) tiba di tingkat 15, Plaza Masalam bersama keperluan pemeriksaan.

11.20 pagi: Dari plaza Masalam - Dr Seah Lay Hongdan pegawai penyiasat, ASP Ahmad Nazri Zainal naik ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), di Plaza Masalam, Shah Alam.

10.40 pagi: Prosiding inkues ditangguhkan dan akan disambung esok.

10.30 pagi: Pakar pukul 11.30 pagi semua peguam, pakar DNA, Dr Seah Lay Hong, pembantu pakar forensik dari Thailand dan dua pakar forensik tempatan akan pergi ke Plaza Masalam untuk mendapatkan spesimen tersebut.

Gobind semasa permohonannya kecewa kerana semasa lawatan Jumaat lalu, beliau telah meminta pihak polis supaya mengawal tempat tersebut pada hari tersebut juga. Beliau kecewa kerana ia hanya dikawal pada hari Sabtu pagi. Pihak pendakwa tiada bantahan tentang permohonan itu.

10.15 pagi: Gobind mengemukakan kepada mahkamah supaya pakar DNA dan pakar forensik membuat pemeriksaan dan mengambil sampel darah yang terdapat di tangga tingkat 14 dan 15, Plaza Masalam, Shah Alam.

10 pagi: Prosiding inkues bermula.

9.45 pagi: Prosiding hari kelima masih belum bermula. Semua peguam telah bersiap sedia. Masih menunggu kehadiran Koroner Azmil Muntapha Abas.

Artikel Lain