suria

H1N1: SK Sultan Sulaiman ditutup

KUALA TERENGGANU: Sekolah Rendah Sultan Sulaiman Satu di sini ditutup selama tujuh hari mulai Khamis lepas apabila dua murid sekolah itu disahkan positif Influenza A (H1N1).

Pengarah Pelajaran Terengganu Ariffin Embong berkata sekolah itu ditutup setelah mendapat nasihat daripada Kementerian Kesihatan.

"Tidak mudah untuk kami menutup sementara sekolah itu. Tetapi setelah mendapat pandangan dan nasihat daripada Kementerian Kesihatan supaya berbuat demikian (menutup), barulah ditutup," katanya di sini hari ini.

Ariffin berkata sekolah itu akan dibuka semula Rabu ini dan menasihatkan ibu bapa supaya tidak bimbang kerana keadaan masih terkawal. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain