suria

Kerajaan cadang laksana kontrak seragam bagi pembantu rumah akhir tahun ini

PUTRAJAYA: Kerajaan merancang untuk melaksanakan kontrak seragam yang komprehensif bagi pembantu rumah menjelang akhir tahun ini, kata Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Kerja Datuk Ismail Abdul Rahim.

Kontrak itu meliputi pembantu rumah dari semua negara sumber seperti Indonesia, Filipina, Kemboja dan Sri Lanka, katanay kepada Bernama hari ini.

Pada masa ini, hanya pembantu rumah dari Filipina yang mempunyai kontrak yang sesuai manakala pembantu rumah dari negaranegara lain tidak mempunyai dokumen sedemikian.

Ismail berkata jabatannya telah melengkapkan draf cadangan dan sedang menyesuaikan beberapa klausa bagi menyediakan perlindungan secukupnya kepada pembantu rumah dan majikan.

Kontrak itu akan menetapkan pelbagai syarat dan peraturan yang perlu dipatuhi oleh keduadua pihak dan akan meliputi kerja seharian pembantu rumah selain mengambilkira kesejahteraan mereka dan dalam masa yang sama memberi perlindungan secukupnya kepada para majikan.

Ismail berkata kontrak itu akan dilaksanakan melalui pengawalan yang dibuat oleh Kementerian Sumber Manusia dan ia tidak memerlukan kelulusan Parlimen.

Katanya beliau sentiasa mengalualukan input dari Majlis Peguam berhubung kontrak itu.

Semalam, Majlis Peguam mencadangkan supaya kontrak itu menetapkan butiran mengenai tugasan, tempat kerja, tempoh bekerja, gaji, cuti, penginapan, makanan, dan peraturan pekerjaan, insurans, pampasan dan rawatan perubatan.

Sementara itu, Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) Syed Shahir Syed Mahmoud yang menyambut baik langkah itu berkata kontrak itu "perlu mengiktiraf pembantu rumah sebagai insan biasa dan mengelaskan mereka sebagai pekerja."

"Pada masa ini, undangundang kita tidak mengiktiraf pembantu rumah secara sah," katanya.

Katanya Malaysia perlu secara serius memperbaiki standard bagi melindungi pembantu rumah kerana ia mempunyai kesan terhadap reputasinya di peringkat antarabangsa.

"Beberapa kes penderaan pembantu rumah telah memberi imej buruk terhadap negara di seberang laut dan kita perlu mengelakkannya dalam apa jua cara jika kita mahu dianggap sebagai pemimpin di kalangan negara membangun," katanya. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain