suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

ADUN tunggal DAP Kedah akur sebarang keputusan pucuk pimpinan

ALOR SETAR: Anggota Dewan Undangan Negeri Kota Darulaman Lee Guan Aik akan akur dengan sebarang keputusan pucuk pimpinan berhubung peranannya sebagai wakil rakyat DAP di negeri ini.

Katanya, status sebagai wakil rakyat DAP tidak akan berubah kerana beliau adalah anggota parti itu tetapi peranannya sebagai penyokong kerajaan atau sebaliknya akan diputuskan oleh DAP pusat.

"Saya tidak boleh komen banyak buat masa ini, saya masih ahli dan Adun DAP Kota Darulaman," katanya kepada Bernama ketika ditemui di sini semalam.

Difahamkan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak akan mengadakan pertemuan dengan penasihat DAP Lim Kit Siang di ibu negara petang hari ini.

Pertemuan itu adalah bagi membincangkan perselisihan antara DAP Kedah dengan kerajaan negeri pimpinan Pas itu ekoran tindakan Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAs) merobohkan pusat penyembelihan babi di Taman Berjaya di sini minggu lepas.

Berikutan itu, Pengerusi DAP negeri Thomas Su mengumumkan DAP keluar dari Pakatan Rakyat di Kedah kerana kecewa dengan kelemahan kerajaan negeri pimpinan Pas termasuk dakwaan kononnya kerajaan negeri akan merobohkan kuil Hindu dan tokong Cina.

Bagaimanapun, Azizan berkata beliau tidak tahu menahu berhubung dakwaan itu. BERNAMA

Artikel Lain