suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

12 buah kereta musnah dalam dua kebakaran berasingan

KUALA LUMPUR: Sebanyak 12 buah kereta dilaporkan musnah dalam dua kebakaran berasingan di Batu Caves dan Gombak sekitar 5 pagi semalam.

Sebanyak lapan buah kereta dan empat kepala lori musnah dalam kebakaran di sebuah bengkel di Jalan Industri Batu Caves 1/1, Taman Industri, Batu Caves kirakira 5.45 pagi, kata Komandor Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Baru Selayang, Azril Izaidi Ahmad.

Beliau berkata dua jentera beserta 10 pegawai dan anggota dari balai Wangsa Maju dan Rawang telah dikejarkan ke tempat kejadian.

Dalam satu lagi kejadian kira-kira 5.25 pagi di sebuah bengkel kereta potong di Batu 6 3/4, Kampung Simpang 3, Gombak, empat buah kereta pula musnah.

Azril Izaidi berkata kebakaran itu dipadamkan oleh 18 anggota dengan dibantu tiga buah jentera dari balai Bandar Baru Selayang, Gombak Selatan dan Hang Tuah.

"Bomba berjaya mengawal api kirakira 40 minit kemudiannya, katanya.

Katanya, punca keduakedua kebakaran itu masih disiasat. BERNAMA

Artikel Lain