suria

Vigneswaran kalah dalam saman fitnah terhadap NSTP

KUALA LUMPUR: Bekas Setiausaha Parlimen Kementerian Belia dan Sukan S. Vigneswaran kalah dalam saman fitnahnya di Mahkamah Tinggi di ini hari ini terhadap New Straits Times Press (Malaysia) Berhad (NSTP) dan tiga wartawannya berhubung tiga laporan diterbitkan syarikat akhbar itu empat tahun lepas.

Hakim Datuk Aziah Ali menolak dengan kos saman Vignesawaran terhadap tiga wartawan Malay Mail iaitu Dennis Chua, Marhalim Abas dan Rita Jong dan NSTP.

Beliau membuat keputusan itu di dalam kamar.

Pada 2005, Vignesawaran memfailkan saman fitnah terhadap keempatempatnya mendakwa beliau difitnah dalam tiga artikel dalam penerbitan pada Jun dan Ogos mengenai penahanan dan perintah buang negeri saudara lelakinya mengikut Ordinan Darurat.

Dalam pernyataan tuntutannya, Vigneswaran berkata artikel itu antara lain membawa maksud yang beliau tidak layak memegang jawatan setiausaha parlimen kementerian itu dan pengerusi Pemuda MIC.

NSTP, dalam pernyataan balasannya berkata artikel itu tidak berunsur fitnah. BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain